PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Tariq Ismail Mustafa mengumumkan meletakkan jawatan sebagai ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.
"Perjuangan yang asalnya berlandaskan prinsip-prinsip dipegang bersama, menentang korupsi dan salah guna kuasa bagi membentuk bangsa dan negara yang bermaruah dan berintegriti, terpaksa berpatah arah.
"Bagi saya secara peribadi, arah tuju ini harus mengharungi jalan yang berliku dan berduri, seiring dengan perjuangan yang bermaruah.
"Di atas dasar ini dan sejajar dengan keperibadian saya, saya dengan ini meletak jawatan sebagai ahli PPBM berkuat kuasa serta merta," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tariq bagaimanapun mengucapkan penghargaan kepada pucuk pimpinan PPBM, terutama presidennya, Muhyiddin Yassin, atas kepercayaan yang ditunjukkan kepada beliau.
"Sebagai budak politik berhingus dan juga atas segala tunjuk ajar dalam selok-belok berpolitik.
"The ends do not justify the means", terutama dalam aspirasi pembangunan bangsa dan negara.
"Mana letaknya akhlak dan kebolehpercayaan seseorang pemimpin sekiranya jalan pintas yang diguna pakai bertentangan (dengan) matlamat perjuangan," katanya.
Semalam bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan parti baru selepas keahlian beliau dalam PPBM yang diterajuinya sebelum ini terbatal.
Mahathir bersama beberapa bekas pemimpin parti itu yang turut terbatal keahlian mereka menubuhkan parti baru yang belum dinamakan dan menunggu proses permohonan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).
Bekas pengerusi PPBM itu berkata, asas penubuhan parti baru tersebut adalah dengan mengambil "DNA" asal PPBM yang kini lari daripada perjuangannya di bawah kepimpinan Muhyiddin.
#Sumber : FMT............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment