Detikdaily juga mempunyai forum tersendiri melalui PHBB dan forum ini antara forum yang disukai kerana bebas terbuka.
Tapi setelah beroperasi hampir 18 tahun, laman ini ditutup secara rasmi pada 10 Mei 2018 atas sebab tertertentu yang tak pernah dinyatakan secara jelas kepada umum.
Hari ini, laman ini kembali semula dengan konsep Bebas, Telus dan Terbuka menukar sedikit konsep lamanya Suara Reformasi Rakyat.Ketika dihubungi admin laman, Nordin Ali berkata DetikDaily kembali lebih kepada laman "santai politik" yang memapar isu terpilih terbuka, telus dan bebas.
Santai itu maknanya DetikDaily tak perlu macam laman malaysiagazette, harakah atau portal lain yang ada staff dan wartawan khusus.Just sekadar menyampai berita yang dah terberita di internet, gossip politik di facebook, whatsapp dll.
Beliau juga berkata, "Insya-Allah artikel dalam DetikDaily tak akan ada yang sama dengan MindaRakyat.. (gelak)"
Kalau ada pun itu mesti isu terlalu hangat..
Dia tak tahu adakah Detikdaily akan diterima oleh pembaca. Tengok macam mana? Sebab Detikdaily sasar kepada pembacaan ilmiah dengan konsep pemikiran terbuka, tanpa kepartian dan sudah tentu artikel ini tidak disenangi ramai orang.
Kita lihat sejauh mana dalam sebulan dua, mungkin kita akan buat sedikit perubahan mengikut rentak pembaca mengakhari temubual dengan kami.
Detikdaily boleh dilayari melalui link http://www.detikdaily.net
MR : Semoga berjaya..
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment