Bagaimanapun, dengan catatan kes Covid-19 yang kian meningkat saban hari, Amerika Syarikat dianggap sebagai sebuah negara yang berada di mod "unit rawatan rapi" kerana kes-kes Covid-19 terus bertambah dari masa ke semasa.
Jika catatan kes pandemik ini saban hari meningkat mendadak, ini akan memberikan masalah kepada kerajaan AS.
Persoalan utama adakah Amerika mampu untuk bangkit atau akan terus mengalami kejatuhan sekiranya keadaan seperti diungkapkan oleh Jared Diamond bahawa SARS Cov II akan terus kekal bersama manusia?
Menambah lagi permasalahan AS, menurut kajian Sarah Zhang daripada The Atlantic Council, seramai 20 peratus rakyat Amerika dianggap sebagai "anti-vacciner" dan 30 peratus pula kurang pasti sama ada untuk mendapatkan vaksin atau tidak.
Oleh itu, jika Amerika terus "jatuh" dek kerana Covid-19, permasalahannya adalah terletak kepada kepimpinan Presiden Donald Trump.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Amerika telah gagal menangani pandemik ini kerana Presiden Donald Trump tidak bertindak tegas dalam memastikan rakyat Amerika patuh kepada norma baharu – memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa mencuci tangan.
Malah, kesemua 50 negeri-negeri di AS mempunyai dasar berbeza tentang pemakaian pelitup muka bagi mengurangkan jangkitan pandemik tersebut.
Bagaimanapun, Stephen Walt daripada universiti terkemuka dunia pula berpendapat bahawa Amerika pasti akan bangkit.
Tambahnya, Amerika masih mampu untuk meneruskan status quo sebagai kuasa besar dunia. Bagaimana?
Menurut pakar sosiologi Jerman, Ulrich Beck, beliau menyatakan bahawa "masyarakat berisiko" seperti kebanyakan rakyat Amerika, adalah situasi biasa di mana-mana negara.
Oleh itu, cabaran utama bagi Presiden Donald Trump adalah memastikan kerajaan mampu untuk mengurangkan jika tidak dapat menangani risiko-risiko Covid-19.
Jika Amerika mampu untuk menggarap konsep risiko yang dihadapinya, negara kuasa besar Uncle Sam ini mampu untuk bangkit.
29 vaksin percubaan, 179 percubaan praklinikal
Salah satu cara adalah bagi Amerika mendukung kemajuan teknologi sains dalam menemui vaksin bagi pandemik Covid-19 ini, walaupun dalam usaha menemui vaksin tersebut terdapat pelbagai cabaran yang harus ditempuhi.
Sehingga kini, dunia mencatatkan beberapa kajian dijalankan bagi menemui vaksin.
Terdapat 29 vaksin bagi percubaan ke atas manusia manakala 179 vaksin di peringkat percubaan praklinikal.
Amerika kini sedang giat menjalankan kajian-kajian dalam menemui vaksin sebagai penawar bagi pandemik Covid-19.
Bagaimanapun, perlumbaan vaksin antara Amerika, Rusia dan China masih belum memasuki fasa pemulihan bentuk V.
Oleh itu, kerajaan Amerika seharusnya mempunyai perancangan jangka masa negara tersebut dapat menangani pandemik Covid-19 sepenuhnya menerusi penemuan vaksin.
Perancangan yang rapi akan memberi ruang masa buat Federal Reserve Authority untuk mencetak sejumlah AS$3.5 trillion dalam merangsang ekonomi AS.
Pandangan bahawa kebangkitan Amerika adalah kenyataan walau dibelenggu pandemik, turut disokong oleh penyunting The New York Times.
Tidak dinafikan bahawa kejatuhan dan kebangkitan sebuah kuasa besar adalah satu kitaran semula jadi.
Bagaimanapun, jika terdapat calon Presiden Amerika yang baharu dilantik selepas Donald Trump, maka rakyat Amerika dan masyarakat antarabangsa mempunyai peluang untuk mengekalkan status Amerika sebagai kuasa besar melebihi China.
PHAR KIM BENG Pengasas Strategic Pan Indo-Pacific Arena.
MR : Sama juga berakhirnya kuasa PH setelah menindas rakyat Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt............oo000oo...........MINDARAKYAThttp://mindarakyat.blogspot.com/mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak TerpeliharaAnda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
No comments:
Post a Comment